My Blog Profile
Blog yang menyimpan segala rujukan yang berkaitan. Untuk rujukan sendiri sahaja. Jika ada permintaan gambar, sila emailkan kepada emailfarid-um[at]yahoo.com . Segala kesilapan gambar atau maklumat boleh dimaklumkan juga. Terdapat beberapa penyumbang gambar di dalam Pustaka Farid. Silalah juga tengok iklan-iklan yang terdapat di dalam Pustaka ini. Terima kasih.
Isnin, 2 Ogos 2010
Stil, stigma, ovari.
Bunga mempunyai stil 'style', stigma, ovari untuk organ pembiakkan betina. Fungsi stil ialah untuk melindungi ovari yang berada di bawah stil daripada serangan seranga atau musuh daripada dimakan. Panjang stil juga berbeza. Stigma pula ialah tempat dimana pollen grain akan diperangkap dan dicambahkan. Stigma juga terdapat jenis yang kering dan basah. Percambahan pollen grain adalah berbeza mengikut jenis tumbuhan tersebut. Pollen grain boleh ditangkap atau dihinggapi oleh stigma. Jika diperhatikan, pada stigma terdapat yang mengandungi papille yang berfungsi untuk memerangkap pollen grain. Dalam percambahan tersebut, kadang kala dinding sel stigma adalah tebal dan dipecahkan oleh bahan kimia yng terkandung di dalam pollen grain tersebut. Ketika percambahan, terdapat bahagian pemanjangan dan juga terdapat dua jenis sel yang mana akan membentuk salur polen 'pollen tube' untuk pemanjangan percambahan tersebut. Sebelum masuk ke dalam telur pada ovari.
Stil, stigma, ovari.
2010-08-02T12:22:00+08:00
Farid
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)